Slide 1

Slide 1 text

Budaya Ilmu Minggu ke-14 USK 1042 FALSAFAH ILMU

Slide 2

Slide 2 text

Pengenalan • Ilmu merupakan suatu alat yang penting kepada kehidupan manusia • Ia memandu manusia selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah dan fitrah kejadiannya. • Sebagai instrumen manusia berinteraksi sesama mereka, dengan alam dan hubungan dengan penciptanya.

Slide 3

Slide 3 text

• Oleh itu, ilmu penting bagi manusia untuk menguruskan dirinya sendiri dan sistem yang wujud dalam persekitaran kehidupannya. • Oleh itu, menuntut ilmu merupakan sesuatu yang menjadi kewajipan kepada manusia

Slide 4

Slide 4 text

Tujuan ilmu 1. Melahirkan insan yang sempurna dan mendekatkan manusia dengan penciptanya. 2. Melahirkan insan yang sempurna yang bermatlamatkan mendapat kebahagian hidup dunia dan akhirat. 3. Membentuk akhlak dan membina keperibadian agung.

Slide 5

Slide 5 text

4. Memenuhi fungsi kelazatan Ilmu 5. Mematangkan pemikiran

Slide 6

Slide 6 text

Kelebihan Menuntut ILmu • Kemulian disisi Allah • Mulia disisi manusia • Membantu diri dan keluarga • Menghasilkan penemuan baru bagi pembangunan masyarakat dan negara. • Kekuatan teknologi • Kekuatan ekonomi

Slide 7

Slide 7 text

Kelebihan Menyampaikan Ilmu • Memperolehi kemuliaan disisi Allah • Memperolehi kemuliaan disisi Manusia • Memperluaskan bidang ilmu • Membangunkan potensi diri dan manusia • Memperolehi ganjaran dunia dan akhirat.

Slide 8

Slide 8 text

Adab-adab menuntut ilmu • Niat yang ikhlas dan betul • Bertujuan untuk mengangkat kebodohan diri sendiri dan orang lain • Berlapang dada dan minda yang terbuka • Menghormati ilmu • Menghormati guru • Beramal dengan ilmu

Slide 9

Slide 9 text

Adab-adab menuntut ilmu • Bersikap bijaksana • Bersabar dan tekun • Meneliti tentang kebenaran sesuatu maklumat atau ilmu yang disampaikan “ Hikmah itu diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan barang siapa yang diberi hikmah sungguh telah diberi kebaikan yang sangat banyak.” (QS. al- Baqarah: 269).

Slide 10

Slide 10 text

Budaya Ilmu • Budaya ilmu tersangat penting dalam kehidupan manusia. Masyarakat yang mempunyai budaya ilmu menjadikan ilmu sebagai tuntutan utama dan menggunakan ilmu dalam membuat keputusan. Tamadun Islam dan tamadun-tamadun sebelumnya menunjukkan kesan kewujudan budaya ilmu dalam masyarakat. Ketiadaan budaya ini dalam mensyarakat akan melahirkan satu masyarakat yang lesu dan tidak berdaya saing.

Slide 11

Slide 11 text

• Matlamat pembudayaan ilmu adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. • Menurut Vijay Satha : Culture is the set of important understandings (often unstated) that members of a community share in common”

Slide 12

Slide 12 text

• “kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Dalam budaya ini ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat (Wan Mohd Nor Wan Daud, 1992:2). Definisi budaya ilmu

Slide 13

Slide 13 text

Sambungan … • Dalam konteks budaya ilmu, sikap positif merujuk kepada minat yang tinggi di kalangan anggota masyarakat untuk memperolehi ilmu dan mengembangkannya. • Sikap yang positif mendorong mereka untuk sentiasa belajar, mengkaji, berbincang, berkarya dan seumpamanya. • Mereka menunjukkan pola-pola perlakuan yang positif terhadap ilmu.

Slide 14

Slide 14 text

Sambungan … Berikut adalah sebahagian ciri-ciri utama masyarakat yang berbudaya ilmu : • Sentiasa berusaha memperolehi ilmu melalui pelbagai cara khususnya mereka mempunyai tabiat suka membaca • Minat kepada majlis-majlis ilmu seperti perbincangan, dialog, wacana dan seumpamanya dalam budaya membina kefahaman dan kesedaran tahap tinggi. • Budaya berkongsi dan mengembangkan ilmu untuk kemanfaatan insan seluruhnya.

Slide 15

Slide 15 text

Sambungan … • Budaya mengguna dan memanfaatkan ilmu dengan sebaik-baiknya. Lahir pelbagai teknologi dan ciptaan yang kreatif untuk memenuhi keperluan hidup manusia. • Ilmu disanjungi dan para ilmuwan dihormati. Lahir adab dan penghormatan terhadap proses belajar atau berguru dan juga para gurunya. • Menegak dan memperjuangkan kebenaran dan menolak kebatilan serta kepalsuan. Sebarang keputusan di buat melalui perbincangan dan musyawarah. • Usaha melaksana, mengamal dan menghayati ciri-ciri sebelumya dilakukan secara serius. Sedikit demi sedikit tamadun bangsa dan negara dibina atas landasan ilmu.

Slide 16

Slide 16 text

Nilai utama dalam budaya ilmu 1. mementingkan ilmu 2. berkekalannya hasil ilmiah 3. berterusannya usaha keilmuan 4. hormat-kritis terhadap ilmu 5. kesinambungan ilmu

Slide 17

Slide 17 text

Kesan Tiada Budaya Ilmu • Ketiadaan budaya ilmu akan melahirkan sejenis masyarakat yang disebut oleh Naquib al-Atas sebagai jahil dan bebal : 1. Tidak mampu mengenali masalah 2. Jika diberitahu, dia tidak berupaya menyelesaikanya

Slide 18

Slide 18 text

Samb… 1. Tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan, malah tidak memiliki kemahiran belajar. 2. Tidak mengaku kebebalannya 3. Tidak boleh menghubungkaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dan dengan faktor lain. 4. Lain-lain

Slide 19

Slide 19 text

Penutup • Budaya ilmu tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata. Ia memerlukan ratusan tahun sebelum dapat disebatikan dalam masyarakat. • Ia perlu digerakkan secara konsisten bermula dengan dengan diri individu, ahli keluarga, institusi pendidikan dan anggota masyarakat secara keseluruhan.