Slide 45
Slide 45 text
Komponen Falsafah Ilmu
Komponen Aksiologi
• Nilai ilmu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ilmu
terpuji, ilmu tercela dan ilmu neutral.
• Dari segi teori, pemilihan ilmu yang penting dibuat berdasarkan
mazhab falsafah pendidikan seperti perenialisme, esensialisme,
progresivisme, eksistensialisme dan rekonstruksionisme.
• Dalam Islam, ilmu terpuji secara mutlak adalah ilmu wahyu dalam
kategori ilmu fardhu ain di mana ia diwajibkan kepada setiap
individu muslim di setiap peringkat pendidikan. Di samping itu,
terdapat ilmu fardhu kifayah yang menjadi pelengkap kepada
ilmu fardhu ain di mana tuntutan perlaksanaannya bersifat
kolektif.