Slide 1

Slide 1 text

USK1042 Falsafah Ilmu Aliran dan Mazhab Falsafah Ilmu (Minggu ke- 9)

Slide 2

Slide 2 text

PENDAHULUAN • Epistemologi membincangkan dua masalah pokok iaitu sumber ilmu pengetahuan dan kebenaran / hakikat ilmu pengetahuan. • Dalam tradisi falsafah epistemologi Barat, terdapat 3 aliran utama : • Rasionalisme • Empirisme • Skeptisme

Slide 3

Slide 3 text

Perbincangan Awal • Terdapat dua isu yang ingin diperlihatkan di antara dua aliran epistemologi barat; 1. Sumber idea 2. Bagaimana mengetahui kebenaran

Slide 4

Slide 4 text

Rasionalisme • Aliran secara khususnya dirujuk kepada ahli falasafah pada abad ke 17 dan 18 seperti : • Rene Descartes (1596-1650) • Baruch Spinoza (1632-1677) • G.W.Leibniz (1646-1716)

Slide 5

Slide 5 text

Samb …  Aliran rasionalisme menekankan kepada kemampuan akal atau autoriti akal fikiran (reason) untuk memperolehi ilmu dan mencari kebenaran.  Manusia mempunyai kekuatan sendiri untuk mengetahui dengan pasti tentang sesuatu perkara.  Ianya bersifat fitrah di mana idea mengenai kebenaran dikatakan sudah ada pada diri manusia secara apriori tanpa perlu melalui pengalaman dan pengamatan.

Slide 6

Slide 6 text

Samb …  Rasionalisme tidak mengingkari kegunaan indera dalam memperoleh pengetahuan kerana ia merangsang akal dan memberikan bahan- bahan untuk akal bekerja. Tetapi sampainya manusia kepada kebenaran adalah melalui akal.  Dalam menyusun data-data, akal menggunakan konsep-konsep rasional atau ide-ide universal.  Penganut rasionalisme percaya bahawa kebenaran dan kesesatan terletak dalam ide dan bukannya dalam diri barang sesuatu.

Slide 7

Slide 7 text

Samb… • Rasionalisme mengambil sikap kepercayaan agama harus ditolak jika ia didirikan tanpa asas yang rasional.

Slide 8

Slide 8 text

Implikasi Falsafah Rasionalisme • Kemutlakan minda manusia yang mampu menjelaskan fenomena alam. • Tuhan sebagai principle of explanation telah dikesampingkan dalam aliran rasionalisme. • Apa yang tinggal adalah dua bentuk kewujudan iaitu minda manusia dan dunia fizikal.

Slide 9

Slide 9 text

Emperisisme • Emperisisme berasal dari kata Yunani empeirikos yang bermaksud pengalaman. • Aliran falsafah yang berpendapat sumber ilmu dan kebenaran adalah berdasarkan atau bersumberkan pengalaman pancaindera. • Ia menolak pandangan falsafah rasionalisme bahawa akal manusia mempunyai konsep terhadap sesuatu objek sebelum proses tanggapan di alam dunia.

Slide 10

Slide 10 text

sambungan • Kebenaran bersifat aposteriori iaitu perlu melalui pengalaman terlebih dahulu • Minda manusia adalah seperti sehelai kertas putih yang langsung tidak terlukis oleh sebarang unsur. • Konsep atau imej yang tertera pada minda seseorang terhasil melalui pengalaman atau pancaindera.

Slide 11

Slide 11 text

Tokoh falsafah emperisme • Aliran ini telah dibangunkan oleh ahli falsafah british pada abad ke 18. • Antara yang masyhur ialah John Locke (1632-1704), George Berkeley (1685- 1753), David Hume (1711-1776), John Stuart Mill (1773-1836).

Slide 12

Slide 12 text

John Locke sebagai pengasas aliran empiris • Locke menjelaskan minda manusia sebagai berikut: “ Let us then suppose the mind to be, as we say, white paper, void of all characters, without any ideas; how comes its to be furnished…to this answered in one word, from experience: in that all our knowledge is founded, and from that it ultimately derives itself”

Slide 13

Slide 13 text

idea • Idea boleh terhasil melalui dua sumber sensasi dan persepsi daripada minda yang dikenali sebagai internal sense • Kita hanya boleh berfikir melalui idea dan disebabkan kesemua idea itu datang dari pengalaman • Tiada sebarang pengetahuan boleh wujud sebelum adanya pengalaman

Slide 14

Slide 14 text

Kelemahan Empirisisme 1. Indera terbatas. Objek jauh kelihatan kecil. 2. Indera menipu. Pen kelihatan bengkok kerana biasan 3. Objek yang menipu. Cth : fatamorgana

Slide 15

Slide 15 text

Implikasi dari falsafah ini melahirkan; • Dua aspek dunia; 1. Dunia fikiran seseorang. 2. Dunia di luar minda yang mengandungi zat. • Walaubagaimanapun individu tidak pernah melihat dan merasai zat. • Apa yang dirasai dan dilihat adalah sifat zat tersebut.

Slide 16

Slide 16 text

Sifat Zat • Sifat primer; bersifat fizikal seperti kumpulan jirim, kepadatan, tiga dimensi-lebar, panjang dan tinggi. • Sifat sekunder; ia dikenali sebagai kualiti, suara, bau, rasa.

Slide 17

Slide 17 text

Sambungan…contoh • Sifat primer dan sifat sekunder pada zat secara tetap seperti sifat sebuah kerusi atau sifat seketul ais yang sentiasa berubah. • Seseorang yang melihat kerusi ia bukan melihat zat kerusi yang sebenar tetapi melihat sifat kerusi tersebut. • Dalam ertikata lain, jika seseorang menganggap sebuah objek ia hanya mengangapnya secara zahir atau luaran bukannya realiti.

Slide 18

Slide 18 text

• Ini bererti, pengetahuan yang dimiliki seseorang tidak lebih dari pengalaman yang diperolehi. • Dengan demikian zat hanya bersifat imiginasi.

Slide 19

Slide 19 text

Skeptisme • Skeptisme bermula pada zaman Yunani apabila di kemukakan oleh Xenophones (570-475 BC) • Aliran skiptisme klasik mempunyai 3 aliran : Pyrrhonic, Akademi Baru dan Skeptisisme Akhir. • David Hume (1711-1776) ahli falsafah skeptisme moden.

Slide 20

Slide 20 text

Menurut protogoras semua ilmu yang diperolehi bersumberkan pancaindera. Sedangkan pancaindera kekadang boleh menyebabkan berlakunya tipu daya dalam menyampaikan sesuatu dan tidak memberikan kebenaran. Disebabkan sumber ilmu berdasarkan pancaindera maka ia benar kepada si penerima sahaja tetapi tidak kepada orang lain.

Slide 21

Slide 21 text

Sambungan …Skeptisme • Skeptisme menganggap bahawa ilmu yang pasti terhadap sesuatu hakikat mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai. • Ilmu pengetahuan bersumberkan pengalaman dan pancaindera adalah ditolak dan tidak boleh dipercayai. • Hujahnya, semuanya itu adalah satu ilusi

Slide 22

Slide 22 text

Falsafah Skeptisme Hume • Membawa kepada penerimaan terhadap doktorin fenomenalisme. • Ia membataskan kewujudan kepada fenomena sahaja iaitu dunia yang dapat ditanggapi. • Menolak idea atau hakikat metafizik. Apa yang ditanggapi oleh pancaindera sahaja dianggap wujud.

Slide 23

Slide 23 text

 Hume hanya menerima dua jenis kebenaran 1. Fakta yang jelas 2. Kebenaran yang boleh diterima akal.  Ianya boleh dipertahankan melalui pengalaman dan ujikaji dan boleh didemonstrasikan sebagai benar melalui perkiraan matematik dan lojik.

Slide 24

Slide 24 text

Terdapat tiga jenis pengalaman pancaindera yang bersifat ilusi 1. Ilusi garapan pancaindera; pengelihatan fatamorgana di padang pasir. 2. Garapan pancaindera bersifat relatif; objek yang bulat akan dilihat bujur dari sudut yang tertentu. 3. Halusinasi; sesuatu yang dilihat, dirasa, dibau, didengari yang sebenarnya tidak wujud.

Slide 25

Slide 25 text

Oleh itu, • Ketiga bentuk hujah tersebut, menjelaskan pengalaman pancaindera menipu daya seseorang. • Maklumat yang diberikan oleh pancaindera memberi maklumat yang tidak tepat terhadap alam fizikal.

Slide 26

Slide 26 text

Epistemologi Islam • Sumber wahyu merupakan sumber yang utama untuk mencari ilmu dan kebenaran. • Namun Islam, juga mengiktiraf sumber rasional dan empirikal. • Tentang sumber rasional, penggunaan perkataan (a’qala) lebih dari 45 ayat. • Ia menjelaskan peranan akal amat dituntut dalam islam.

Slide 27

Slide 27 text

Samb. • Selain itu, gesaan menggunakan fikiran disebut 16 kali dalam al-quran melalui perkataan tafakkara. • Perkataan faqiha diulang lebih 16 kali. • Perkataan lain,yang mempunyai maksud yang sama seperti, fahima,nazara,tadabbara,ulu al-bab, ulu ilm.

Slide 28

Slide 28 text

Samb. • Manakala sumber empirikal banyak disebut bersama dengan sumber rasional. • Surah al-Nahlu :78, al-Mulk:10-11. • Pentingnya sumber empirikal khususnya dalam jenayah islam seperti kes zina, liwat memerlukan kesaksian mata dan telinga untuk mensabitkan jenayah tersebut.

Slide 29

Slide 29 text

Kesimpulan  Ilmu rasional dan empirikal adalah penting.  Namun, tarafnya tetap berada di bawah sumber wahyu.  Islam mewajibkan agar merujuk sumber wahyu dalam perkara yang melibatkan agama seperti aqidah, ibadah dan akhlak.  Dalam urusan-urusan kehidupannya boleh menggunakan akal dan pengalaman pancaindera untuk menyelesaikannya.