Slide 1

Slide 1 text

USK1042 Falsafah Ilmu Gagasan Pengislaman Ilmu (Minggu ke- 12)

Slide 2

Slide 2 text

Peta Minda Gagasan Pengislaman Ilmu definisi sejarah perkembangan proses, kaedah & pendekatan • Al-Attas • Ismail al-Faruqi • Taha Jabir al-Alwani • IFIAS •ASASI kritikan respon umat Islam alternatif Kenapa perlu ??? • Ilmu moden tidak neutral • Ilmu moden sarat denga nilai Barat • Faham ilmu, faham nilai dan konsep kebudayaan dipengaruhi perspektif Barat

Slide 3

Slide 3 text

PENDAHULUAN • Bagi ilmuwan yang berpandangan ilmu adalah sarat nilai, ilmu moden yang sedang berkembang kini dipengaruhi dan diresapi oleh pelbagai fahaman asing yang sebahagiannya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam atau budaya ilmu Islam.

Slide 4

Slide 4 text

KEPERLUAN KEPADA GAGASAN ISLAMISASI ILMU • Ilmu moden tidak bebas nilai kerana ia telah dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan dan falsafah manusia Barat. • Ilmu yang telah diresapi nilai-nilai asing khusus dari tamadun Barat perlu dimurnikan atau diislamisasikan terlebih dahulu sebelum dapat dimanfaatkan secara optimum.

Slide 5

Slide 5 text

• Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), definisi Islamisasi ialah “pembebasan manusia ; pertama dari tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu (pembebasan akal) dan bahasa dari sekularisme”. DEFINISI ISLAMISASI

Slide 6

Slide 6 text

• “Memberikan definisi baru, mengatur dan menghubungkan data-data, menilai kembali kesimpulan-kesimpulan, mengulangkaji semula tujuan- tujuan hinggalah disiplin ilmu tersebut memperkayakan wawasan Islam dan bermanfaat bagi cita-cita Islam”. al-Faruqi (1989) DEFINISI ISLAMISASI

Slide 7

Slide 7 text

KAEDAH PELAKSANAAN • Kaedah atau pendekatan gagasan Islamisasi Ilmu boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pendekatan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tertentu secara individu atau pendekatan yang terhasil dari usaha berkumpulan. • Antaranya ialah pendekatan al-Attas, al- Faruqi, al-Alwani, IFIAS dan ASASI.

Slide 8

Slide 8 text

Pendekatan Naquib al-Attas Proses Islamisasi ilmu moden menurut Syed Naquib al-Attas (1978), adalah sebagaimana berikut : 1. Pembebasan manusia tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan ateisme. 2. Pembebasan ilmu daripada epistemologi sekularisme iaitu membebaskan aktiviti memberi makna, membuat definisi atau membuat ekspresi tentang sesuatu ilmu daripada pengaruh ideologi sekular. 3. Pengembalian pentafsiran sesuatu fakta dan teori kepada rujukan yang asas.

Slide 9

Slide 9 text

Pendekatan al-Faruqi 12 langkah yang masyhur: 1. Penguasaan dan kemahiran disiplin ilmu moden; penghuraian kategori. 2. Tinjauan disiplin ilmu. 3. Penguasaan warisan ilmu Islam; sebuah antologi. 4. Penguasaan warisan ilmu Islam; tahap analisis. 5. Penentuan penyesuaian Islam yang khusus terhadap disiplin-disiplin ilmu. 6. Penilaian kritikal terhadap disiplin ilmu moden; hakikat kedudukannya kini.

Slide 10

Slide 10 text

Sambungan 7. Penilaian kritikal terhadap warisan Islam; tahap perkembangan pada masa kini. 8. Kajian masalah utama umat Islam. 9. Kajian tentang masalah yang dihadapi oleh umat manusia. 10. Analisis kreatif dan sintesis. 11. Membentuk semula disiplin ilmu moden ke dalam rangka kerja Islam; buku teks. 12. Pengagihan ilmu yang telah diislamkan.

Slide 11

Slide 11 text

KRITIKAN Menentang Secara Total • Fazlur Rahman • Abdul Salam • Abdul Karim Soroush • Bassam Tibi • Usep Fathuddin Menentang Idea-idea Tertentu • Ziaudin Sardar

Slide 12

Slide 12 text

Respons setiap individu muslim terhadap gagasan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagaimana berikut : • a) Golongan yang menolak gagasan tersebut. • b) Golongan yang menyokong dan mendokong gagasan tersebut dengan menghasilkan karya yang menepati maksud Islamisasi dalam disiplin atau kepakaran ilmu mereka. Mereka turut memberi kritikan yang membina dalam usaha untuk memantapkan gagasan tersebut. RESPON

Slide 13

Slide 13 text

• c) Golongan yang menyokong gagasan Islamisasi ilmu moden secara teori dan konsepnya tetapi tidak mengusahakannya secara praktis. • d) Golongan yang tidak mempunyai pendirian terhadap isu ini. Mereka lebih senang untuk memerhati perkembangan yang dirintis oleh sarjana lain ataupun tidak memperdulikannya. RESPON

Slide 14

Slide 14 text

3 LANGKAH ALTERNATIF • Berusaha mendekatkan diri dengan warisan ilmu-ilmu Islam (turath Islami) dan juga dengan gerakan Islamisasi ilmu moden khususnya dalam bidang pengkhususan yang diceburi. • Atau berusaha melakukan sendiri proses Islamisasi ilmu sekiranya belum terdapat lagi kajian yang dilakukan oleh orang lain.

Slide 15

Slide 15 text

3 LANGKAH ALTERNATIF • Atau berusaha keluar dari kancah ilmu yang syubhah ini. Kekal di dalamnya atau mengembangkannya tidak akan membantu umat Islam memperbetulkan sistem pendidikan umat yang telah rosak.

Slide 16

Slide 16 text

No content