Slide 1

Slide 1 text

Pendekatan Bersepadu: Sinergi dan Integrasi Ilmu Minggu ke-13 USK 1042 FALSAFAH ILMU

Slide 2

Slide 2 text

PENDAHULUAN Ilmu tidak lagi difahami secara holistik, sebaliknya difahami secara terpisah-pisah dan berkotak- kotak. Pengotakan dan keterpisahan tersebut telah mengganggu hakikat kesepaduan ilmu sekurang-kurangnya dalam tiga aras berikut: 1) Kesepaduan antara falsafah, ilmu dan agama. 2) Kesepaduan antara ilmu naqli dan ilmu aqli. 3) Kesepaduan antara ilmu aqli iaitu ilmu sains kemanusiaan dan sains tabii.

Slide 3

Slide 3 text

Sambungan … • Kegagalan melihat ilmu secara holistik menyebabkan manusia lupa akan hakikat dirinya lalu menjadi sombong dan angkuh dengan bidang keilmuan atau kepakaran masing-masing.

Slide 4

Slide 4 text

PERHUBUNGAN ANTARA FALSAFAH DAN AGAMA Agama Falsafah a) Agama adalah unsur mutlak dan sumber kebudayaan. b) Agama adalah ciptaan Tuhan. c) Agama adalah sumber- sumber asumsi kepada falsafah dan ilmu pengetahuan. a) Falsafah adalah salah satu unsur kebudayaan. b) Falsafah adalah hasil spekulasi manusia. c) Falsafah menguji asumsi-asumsi sains dan sains mulai dari asumsi tertentu.

Slide 5

Slide 5 text

PERHUBUNGAN ANTARA FALSAFAH DAN AGAMA Agama Falsafah d) Agama mendahulukan kepercayaan daripada pemikiran. e) Agama mempercayai akan adanya kebenaran dan dogma- dogma agama. d) Falsafah mempercayai sepenuhnya kekuatan daya pemikiran. e) Falsafah tidak mengakui dogma- dogma agama sebagai kenyataan tentang kebenaran.

Slide 6

Slide 6 text

PERHUBUNGAN ANTARA FALSAFAH DAN ILMU Ilmu Falsafah a) Ilmu menumpukan kepada persoalan khusus seperti fizik, kimia dan lain-lain. b) Ilmu hanya mengkaji fakta dan membatasi diri pada kenyataan. a) Kajian falsafah lebih bersifat umum dan komprehensif dengan melihat setiap benda dalam suatu perspektif. b) Falsafah mengkaji fakta dan sistem nilai serta mencari hakikat semua.

Slide 7

Slide 7 text

PERHUBUNGAN ANTARA FALSAFAH DAN ILMU Ilmu Falsafah c) Ilmu mengkaji pelbagai konsep seperti benda, tenaga, ruang dan lain-lain serta tidak mengkaji kesahihan konsep tersebut atau hakikat tertinggi sesuatu benda. d) Lapangan perbahasan mempunyai daerah-daerah tertentu iaitu alam dengan segala kejadiannya. c) Falsafah mengkaji kajian itu sendiri atau mengkaji kesahihan konsep tersebut atau hakikat tertinggi sesuatu benda. d) Lapangan perbahasan falsafah ialah hakikat yang umum dan luas.

Slide 8

Slide 8 text

PERHUBUNGAN ANTARA FALSAFAH DAN ILMU Ilmu Falsafah e) Tujuan ilmu adalah untuk menentukan sifat-sifat dari kejadian alam dan juga manusia. f) Ilmu banyak menggunakan pancaindera dan percubaan (eksperimen). g) Ilmu menentukan kesimpulan dengan dalil-dalil yang yakin. e) Tujuan falsafah adalah untuk mengetahui asal usul manusia, hubungan manusia dengan alam dan bagaimana pengakhirannya. f) Falsafah menggunakan akal fikiran dan tidak menggunakan pancaindera dan percubaan. g) Kesimpulan falsafah bersifat spekulatif dan tidak memberikan keyakinan yang mutlakya.

Slide 9

Slide 9 text

• Dari aspek persamaan, walaupun falsafah, agama dan ilmu berbeza pendekatan dan kaedah, semuanya sama-sama mencari kebenaran sama ada tentang alam, manusia mahupun Tuhan..

Slide 10

Slide 10 text

• Dari sudut perbezaan pula, ilmu dan falsafah bersumberkan akal manusia manakala agama bersumberkan wahyu. • Kebenaran ilmu pengetahuan (kebenaran positif) adalah melalui jalan penyelidikan, pengalaman dan eksperimen. Kebenaran dalam falsafah (kebenaran spekulatif) adalah melalui jalan pengembaraan akal budi secara radikal, integral dan universal. Manakala kebenaran agama (kebenaran mutlak) adalah melalui jalan wahyu atau kitab suci.

Slide 11

Slide 11 text

• Kebenaran ilmu dan kebenaran falsafah bersifat relatif yang dimulai dengan sikap sangsi atau tidak percaya. Manakala kebenaran agama bersifat mutlak dimulai dengan sikap percaya dan iman. • Abdul Rahman (2005) merumuskan perkaitan di antara ilmu, falsafah dan agama sebagaimana berikut :

Slide 12

Slide 12 text

• 1. Pengetahuan adalah merujuk kepada hal- hal yang biasa yang dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupan hariannya. • 2. Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem tertentu akan meningkat menjadi ilmu atau sains.

Slide 13

Slide 13 text

• 3. Ilmu dan sains hanya berusaha menjawab masalah segera. Timbullah peranan falsafah untuk menyelesaikannya. • 4. Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara spekulatif dan tidak meyakinkan, maka timbulah peranan agama untuk memberikan jawapan.

Slide 14

Slide 14 text

KESEPADUAN ANTARA ILMU AGAMA DAN ILMU SAINS MODEN • Ilmuwan Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan besar iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. • Penguasaan ilmu agama / fardhu ain sahaja tidak mencukupi. Manusia memerlukan pengetahuan terperinci mengenai alam fizikal, kemanusiaan dan kemasyarakatan, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi.

Slide 15

Slide 15 text

• Setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri dan perlu diletakkan di tempatnya yang betul. • Kedua-dua tidak wajar dipisahkan bahkan saling memerlukan antara satu sama lain. KESEPADUAN ANTARA ILMU AGAMA DAN ILMU SAINS MODEN

Slide 16

Slide 16 text

KESEPADUAN ANTARA ILMU AQLI (SAINS TABII & KEMANUSIAAN)  Pendekatan mono disiplin tidak lagi menjadi pilihan yang bijak untuk menyelesaikan masalah global yang kompleks. Justeru, para ilmuwan daripada bidang berlainan seperti pakar dalam bidang sains kemanusiaan dan saintis dalam ilmu sains tabii perlu bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia.

Slide 17

Slide 17 text

KESEPADUAN ANTARA ILMU AQLI (SAINS TABII & KEMANUSIAAN)  Ada tiga pendekatan yang boleh dipilih dalam konteks kesepaduan ilmu aqli iaitu pendekatan multidisiplin, interdisiplin dan transdisiplin.

Slide 18

Slide 18 text

KESEPADUAN ANTARA ILMU AQLI (SAINS TABII & KEMANUSIAAN)  Multidisiplin adalah pengajian di mana satu disiplin disejajarkan dengan satu disiplin yang lain kemudian masing- masing disiplin menawarkan sudut pandangnya masing-masing tetapi tidak ada upaya untuk memadukannya secara integratif.

Slide 19

Slide 19 text

KESEPADUAN ANTARA ILMU AQLI (SAINS TABII & KEMANUSIAAN)  Interdisiplin dimulai dari permasalahan dalam disiplin ilmu tertentu. Kemudian permasalahan tersebut dikembangkan dengan menggunakan pelbagai perspektif disiplin ilmu yang lain

Slide 20

Slide 20 text

KESEPADUAN ANTARA ILMU AQLI (SAINS TABII & KEMANUSIAAN)  Transdisiplin bermula dengan pemilihan suatu masalah yang kompleks dan mereka yang terlibat di dalamnya secara bersama-sama menggunakan pelbagai disiplin untuk memecahkan permasalahan tersebut. atau Upaya melakukan apa yang kita ingin lakukan terhadap apa yang dapat kita lakukan menggunakan pelbagai disiplin ilmu yang sedia ada.

Slide 21

Slide 21 text

RUMUSAN • Falsafah, agama dan ilmu adalah tiga serangkai yang saling memerlukan dan melengkapi untuk mencari kebenaran dalam hidup. • Pendek kata, semua ilmu adalah satu kesatuan yang saling melengkapi antara satu sama lain untuk memberikan khidmat terbaik kepada bangsa manusia.

Slide 22

Slide 22 text

Back cover