Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

Pendekatan Pascapenjajahan dalam Historiografi...

Avatar for Azizi Yazit Azizi Yazit
April 11, 2026
68

Pendekatan Pascapenjajahan dalam Historiografi Tanah Melayu: Analisis terhadap Dokumen Colonial Office (CO) 1942 - 1948

Kajian ini meneliti historiografi Tanah Melayu melalui pendekatan pascapenjajahan dengan menumpukan analisis terhadap dokumen Colonial Office (CO) sebagai sumber utama. Kandungan CO, termasuk komunikasi rasmi, minit mesyuarat, perbincangan dasar kolonial, dan bahan risikan, apabila ditelusuri melalui perspektif pascapenjajahan, mampu menghasilkan tafsiran sejarah yang lebih mantap dan kritikal. Antara pendekatan yang sesuai digunakan ialah pendekatan yang diinspirasikan oleh pemikiran subaltern, seperti Pembacaan Lawan Arus, yang menilai peristiwa dengan rasionaliti dan logik, meletakkan hak dan batil pada tempatnya, serta berpaksikan perspektif pribumi. Pendekatan lain termasuk Dekonstruksi Makna Dominan dalam teks CO, misalnya, “pemberontakan” sebenarnya “pembebasan”, “darurat” sebenarnya “perang kolonial”, “serdahana” sebenarnya “boneka”, serta Rekonstruksi Naratif, yang membolehkan pembentukan naratif baharu berpaksikan pribumi berdasarkan makna-makna yang telah didekonstruksi. Kajian ini memaparkan teks-teks dari dokumen CO dan menganalisis prosesnya secara berperingkat: bermula dengan pembacaan lawan arus, diikuti dekonstruksi, dan seterusnya rekonstruksi naratif. Selain itu, kajian ini turut merujuk kepada konsep Sejarah Bertunjang oleh Abdul Rahman Ismail dan teori Orientalisme oleh Edward Said bagi menilai naratif dikotomi Barat dalam dokumen CO dan seterusnya menghasilkan naratif yang berpaksikan perspektif pribumi. Hasil analisis menunjukkan bahawa historiografi Tanah Melayu dapat ditulis semula dengan lebih adil, menekankan perspektif pribumi, dan lebih reflektif terhadap pengalaman golongan terpinggir, sambil mengkritik dominasi naratif kolonial.

Avatar for Azizi Yazit

Azizi Yazit

April 11, 2026

Transcript

  1. Pengenalan Warisan orientalis Bergantung pada sumber kolonial yang bersifat umum

    dan tidak sulit. Suara yang disenyapkan Suara golongan nasionalis dari arus bawah dan golongan agama, yang sengaja dipadamkan daripada sejarah arus perdana. Kelopongan sejarah Ketiadaan sumber sejarah primer yang kukuh.
  2. Dokumen CO sebagai sumber kajian CO dalam tulisan tangan T

    u l i s a n t a n g a n i n i l a z i m n y a menggunakan gaya cursive Inggeris lama, kadang-kadang sukar dibaca kerana 1) ejaan lama, (2) singkatan rasmi dan (3) gaya individu pegawai
  3. Dokumen CO sebagai sumber kajian CO yang ditaip bercampur nota

    tangan (i) Ini menunjukkan dokumen tersebut aktif digunakan dalam proses membuat keputusan, bukan sekadar salinan simpanan. Kadang-kadang nota ini ditulis oleh beberapa pegawai berbeza dalam satu dokumen.
  4. Dokumen CO sebagai sumber kajian Teks kolonial terbahagi kepada dua

    kategori, iaitu teks yang bersifat sulit dan teks yang bersifat awam.
  5. Dokumen CO sebagai sumber kajian Teks kolonial yang bersifat awam

    • Merangkumi pemberitahuan rasmi yang diterbitkan dalam surat khabar untuk makluman masyarakat umum. • Kandungan teks ini lazimnya hanya memaparkan perkara yang dianggap sesuai untuk pengetahuan umum, telah disaring, dan mengandungi pelbagai justifikasi terhadap tindakan pihak kolonial. • Sebagai contoh, semasa Darurat 1948, laporan dalam surat khabar menggambarkan bahawa pihak kolonial sedang melindungi Tanah Melayu daripada ancaman komunis. Namun begitu, jika merujuk teks yang bersifat sulit seperti rekod Colonial Office (CO), peristiwa tersebut turut dapat ditafsirkan sebagai sebahagian daripada usaha kolonial untuk menyekat perkembangan nasionalisme Melayu.
  6. Dokumen CO sebagai sumber kajian Teks kolonial yang bersifat sulit

    • Dokumen Colonial Office (CO), surat-menyurat rasmi antara pegawai kolonial, laporan risikan, minit mesyuarat, serta ulasan pegawai terhadap sesuatu dasar. • Mencerminkan pandangan sebenar pihak kolonial terhadap sesuatu isu, termasuk kebimbangan politik, strategi keselamatan, serta pendekatan mereka dalam mengawal perkembangan nasionalisme tempatan. • Gambaran yang lebih langsung tentang proses pembuatan keputusan dan rasional sebenar di sebalik tindakan kolonial.
  7. Dokumen CO sebagai sumber kajian Awam Sulit Pemerintah mengistiharkan darurat

    kerana pemberontakan PKM ya ng menyeba bka n kematian…. Kita terpaksa mengistiharkan darurat segera bagi menyekat kelompok nasionalis yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang Melayu…
  8. Dokumen CO sebagai sumber kajian CO: 175 CO: 177 CO:

    178 CO: 181 CO: 183 CO: 184 CO: 188 CO: 189 Sir H. Gurney Sir T. Lloyd Mr. Creech Jones Penjenayah A Penjenayah B Penjenayah C Penjajahan Perompakan
  9. Tujuan Pendekatan Pascapenjajahan : Subaltern Bertujuan untuk membongkar naratif kolonial

    dalam dokumen Colonial Office (CO), pendekatan aliran Subaltern dalam kerangka pascapenjajahan boleh digunakan. Aliran ini dipelopori oleh kelompok ahli sejarah revisionis yang diketuai oleh Ranajit Guha, serta turut melibatkan tokoh seperti Dipesh Chakrabarty, Partha Chatterjee, dan Gayatri Spivak. Mendekonstruksi historiografi Prosa anti-pemberontakan Marxist historiografi Relasi Kuasa
  10. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran Orientalisme Orientalisme berfungsi sebagai alat

    untuk mengkritik pembinaan dikotomi Barat–Pribumi dalam wacana kolonial. Barat direpresentasikan sebagai maju, rasional, dan bertamadun, manakala pribumi digambarkan sebagai mundur dan memerlukan bimbingan. Barat Pribumi Dikotomi
  11. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran Sejarah Bertunjang digunakan untuk memastikan

    bahawa penulisan sejarah berakar pada realiti dan pengalaman masyarakat pribumi. Barat Pribumi Sejarah Bertunjang
  12. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran Pendekatan Subaltern Kajian ini mengaplikasikan

    pendekatan pembacaan lawan arus, iaitu suatu kaedah pembacaan yang tidak menerima teks kolonial secara literal. Seiring dengan itu, kajian ini turut menggunakan kaedah dekonstruksi bagi merungkai makna dominan yang dibentuk oleh wacana kolonial. Seterusnya, kajian ini melakukan rekonstruksi naratif dengan berpaksikan perspektif pribumi.
  13. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 1 Pembacaan Lawan Arus Tambahan

    pula, hampir pasti akan berlaku pertembungan personaliti, kerana ramai tokoh terkemuka memegang pandangan yang sangat berbeza, dan kebanyakannya merupakan pemimpin parti yang baru ditubuhkan di negeri masing-masing. Antara mereka yang mungkin hadir ialah Dato Onn sendiri, yang seorang sederhana; Haji Wan Ahmad, pemimpin Persatuan Melayu di KELANTAN, di mana baru-baru ini terdapat banyak kritikan terus terang, disertai dengan agitasi keagamaan yang agak keras; Raja Muda, anak Sultan KELANTAN, yang mempunyai pandangan anti-Kertas Putih yang sangat tegas dan kuat; Dato Abdul Rahman yang dalam satu mesyuarat baru-baru ini menyatakan ketidaksetujuan yang kuat terhadap tindakan Sultan JOHOR pada asalnya menandatangani Kertas Putih . 72 CO 537/1581 23 Feb 1946 [Reaksi tempatan terhadap Kertas Putih]: Ibu Pejabat Malaya Command, tinjauan perisikan mingguan, no. 17 [Extract] Laporan terkini menunjukkan bahawa pandangan yang lebih liberal daripada Persatuan Melayu JOHOR pimpinan Dato Onn sedang mendapat sokongan meluas sebagai menentang kecenderungan yang lebih keras daripada pihak lain. Beliau didakwa mempunyai pengikut, di Negeri JOHOR sahaja, kira-kira 100,000 orang di samping sokongan yang sangat luas di KELANTAN, SELANGOR, MELAKA dan NEGERI SEMBILAN
  14. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 1 Pembacaan Lawan Arus 72

    CO 537/1581 23 Feb 1946 Satu ciri yang membimbangkan dalam agitasi ini ialah tema keagamaan yang kuat yang sedang dibawa masuk ke dalam persoalan ini. Sekali lagi pusat utama masalah ini kelihatan berada di KOTA BAHRU di mana seorang tertentu Hyde Bin Khatib telah menyampaikan ucapan menentang Malay[an] Union dengan menggunakan petikan-petikan militan daripada Al- Quran dan menekankan aspek keagamaan 79 CO 537/1669 8 Mac 1946 …… [Extract] Terdapat bukti bahawa agama sedang digunakan untuk membangkitkan penentangan terhadap dasar tersebut. …… [Extract] 94 CO 537/1581 31 Mei 1946 orang Melayu mula mengatur dan merancang pembalasan dan bertekad untuk mati berjuang demi mempertahankan kepercayaan mereka, daripada mengalah dan melihat agama mereka dicemari. …… [Extract] 72 CO 537/1581 23 Feb 1946 walaupun jelas bahawa sebahagian besar orang Melayu yang tidak berpelajaran masih mempunyai sedikit minat atau pengetahuan mengenai perkara ini, mereka cenderung dipengaruhi oleh propaganda yang bersifat keagamaan, dan boleh dengan mudah dipengaruhi oleh pemimpin dan orang tua dalam masyarakat ini. …… [Extract]
  15. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 1 Pembacaan Lawan Arus Maklumat

    yang kami peroleh daripada sumber sulit cenderung bersetuju bahawa orang Melayu dalam kem Raja-Raja dan UMNO telah pergi sejauh yang mereka berani ke arah sudut pandangan kita, dan mereka sangat sedar akan hakikat (yang juga disokong oleh risikan kita) bahawa terdapat unsur Melayu yang besar yang memburu mereka kerana telah pergi sejauh itu iaitu, Parti Nasionalis dan golongan keras. [...] Saya seorang yang optimis (dan rekod saya membuktikannya) dan bukan seorang yang menimbulkan panik, tetapi saya meletakkan pada rekod dengan tuan bahawa keadaan “Melayu” pada masa ini sarat dengan dinamit yang tidak memerlukan banyak untuk menyalakannya. 105 CO 537/1530 03 Nov 1946 [Rundingan perlembagaan Anglo-Melayu]: surat daripada Sir E. Gent kepada Sir G. Gater. Lampiran: petikan daripada surat daripada R. Braddell kepada A. T. Newboult, 1 Nov 1946. Minit oleh H. T. Bourdillon [Extract]
  16. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 1 Pembacaan Lawan Arus Ahmad

    Boestamam yang menegaskan bahawa selepas kejatuhan Malayan Union, British terpaksa memilih sekutu dalam kalangan masyarakat tempatan. Seperti yang dapat dijangka, mereka lebih cenderung kepada golongan “kanan” yang sederhana dan sanggup berunding, berbanding golongan kiri yang tegas menuntut kemerdekaan penuh tanpa kompromi (Ahmad Boestamam: 2004, 209) mereka hanya bangkit menentang Malayan Union apabila kedudukan istimewa mereka mula terancam, bukan kerana kepentingan rakyat secara keseluruhan. Penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, dalam pandangan ini, lebih didorong oleh kepentingan elit daripada keprihatinan terhadap keadilan sosial dan ekonomi rakyat (Ishak Haji Muhammad: 1994, 187) rancangan Harold MacMichael dilihat sebagai sebahagian daripada komplot imperialis yang lebih luas (Khadijah Sidek: 2010, 124 -125). Walaupun akhirnya Malayan Union dimansuhkan, penggantinya Persekutuan Tanah Melayu dilihat tidak banyak berbeza dari segi asas struktur kuasa (Abdul Majid Salleh: 2004, 58 – 59)
  17. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 1 Pembacaan Lawan Arus British

    lebih cenderung kepada golongan “kanan” yang sederhana dan sanggup berunding, berbanding golongan kiri yang tegas menuntut kemerdekaan penuh tanpa kompromi (Ahmad Boestamam: 2004, 209) mereka hanya bangkit menentang Malayan Union apabila kedudukan istimewa mereka mula terancam, bukan kerana kepentingan rakyat secara keseluruhan.(Ishak Haji Muhammad: 1994, 187) rancangan Harold MacMichael dilihat sebagai sebahagian daripada komplot imperialis yang lebih luas (Khadijah Sidek: 2010, 124 -125). Walaupun akhirnya Malayan Union d i m a n s u h k a n , p e n g g a n t i n y a Persekutuan Tanah Melayu dilihat tidak banyak berbeza dari segi asas struktur kuasa (Abdul Majid Salleh: 2004, 58 – 59) Dato’ Onn menetapkan bahawa UMNO tidak menuntut kemerdekaan tetapi pembatalan Perjanjian MacMichael (CO 537/2174 bertarikh 27 Januari 1947 ) dikatakan berpandangan sederhana, dan berkemungkinan seorang progresif yang menyukai idea Union tetapi menginginkan ia didominasi oleh orang Melayu (CO 537/1669 bertarikh 8 Mac 1 946) menyedari keperluan menguatkan UMNO terhadap Dato’Onn Ja’afar 167MNP yang radikal, sekali lagi mendesak Hall untuk membuat konsesi berkaitan perjanjian MacMichae ( CO 537/1529 bertarikh 5 Julai 1946) bahawa beliau [Gent] cuba menjadikan Persekutuan itu sebagai Union dalam bentuk yang lain.”(CO 537/3756, bertarikh 24 Ogos1948)
  18. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 2 Dekonstruktif Makna Dominan Lensa

    Kolonial Lensa Pribumi Serdahana …………………………………… Kompromi, sedia dikawal Keras ….……………………………………… Kemerdekaan penuh Militan …..………………………..…………… Menentang penjajahan Propaganda …..……………..………..……… Seruan kemerdekaan
  19. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 2 Dekonstruktif Makna Dominan Antara

    mereka yang mungkin hadir ialah Dato Onn sendiri, yang seorang sederhana. […] Laporan terkini menunjukkan bahawa pandangan yang lebih liberal daripada Persatuan Melayu JOHOR pimpinan Dato Onn sedang mendapat sokongan meluas sebagai menentang kecenderungan yang lebih keras daripada pihak lain.. 72 CO 537/1581 23 Feb 1946 [Reaksi tempatan terhadap Kertas Putih]: Ibu Pejabat Malaya Command, tinjauan perisikan mingguan, no. 17 [Extract] Lensa Kolonial Lensa Pribumi Serdahana …………………………………… Kompromi, sedia dikawal Keras ….……………………………………… Kemerdekaan penuh Lebih liberal …..………………..……..……… Nasionalisme Malayan Sokongan meluas ….……..………..……… Tidak mendapat sokongan umum
  20. Kaedah Analisis dan Kerangka Pemikiran 3 Rekonstruktif Berpaksikan Pribumi Penentangan

    terhadap Malayan Union digerakkan oleh pelbagai kelompok nasionalis Melayu, termasuk golongan arus bawah dan golongan agama yang memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat tentang ancaman dasar tersebut. Masyarakat Melayu semakin memahami keseriusan implikasi buruk Malayan Union melalui penjelasan golongan agama yang mengemukakan hujah berasaskan dalil al-Quran dan hadis, sekali gus memperkukuh kesedaran politik serta semangat menentang penjajahan. Walau bagaimanapun, pihak kolonial yang menyedari kekuatan pengaruh golongan agama sebagai kelompok yang berpotensi besar menyatukan orang Melayu telah mengambil langkah berhati-hati dalam merangka strategi politik mereka. Sehubungan itu, mereka cenderung memilih dan mengangkat tokoh yang dilihat lebih bersedia untuk berkompromi, tidak menuntut kemerdekaan secara serta- merta, serta sanggup bergerak dalam kerangka pentadbiran kolonial, iaitu Dato’ Onn Jaafar. Naratif Pribumi Naratif Kolonial
  21. Kesimpulan 1. Kajian ini berjaya mendedahkan makna tersembunyi dalam naratif

    kolonial, terutamanya dalam cara mereka menggambarkan masyarakat pribumi dan gerakan nasionalisme Melayu. 2. Penggunaan pendekatan Subaltern, digabungkan dengan konsep Sejarah Bertunjang dan Orientalisme, membolehkan kajian ini melangkaui pembacaan konvensional terhadap sumber kolonial. 3. Secara keseluruhan, kajian ini membantu mencabar penulisan sejarah arus perdana dengan menekankan kepentingan menulis semula sejarah secara lebih kritis dan dari sudut pandang masyarakat pribumi. Orientalisme Sejarah Bertunjang Pendekatan Subaltern