Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

Teori Relativiti Sapir dan Whorf

ninie
November 10, 2018

Teori Relativiti Sapir dan Whorf

ninie

November 10, 2018
Tweet

Other Decks in Education

Transcript

  1. PENGENALAN • Edward Sapir dan Benjamin Lee Whorf telah menyatakan

    perkaitan antara bahasa dan fikiran. • Sapir dan Whorf melihat bahwa fikiran manusia ditentukan oleh sistem klasifikasi dari bahasa tertentu yang digunakan oleh manusia. • Sapir dan Whorf telah menghuraikan teori mengenai perkaitan antara bahasa dan fikiran.
  2. LINGUISTIK RELATIVITI • Linguistic Relativity Hypothesis (Hipotesis Realitiviti Bahasa) menyatakan

    bahawa perbezaan struktur bahasa secara umum sejajar dengan perbezaan kognitif bukan bahasa. • Perbezaan bahasa menyebabkan perbezaan fikiran manusia yang menggunakan bahasa tersebut. • Teori Sapir-Whorf tampak lebih memfokuskan pada hubungan antara tatabahasa dan fikiran manusia, bukan kata-kata (Chaer, 2009:53).
  3. EDWARD SAPIR (1884-1939) • Sapir mengatakan bahawa manusia hidup di

    dunia ini di bawah “belas kasih” bahasanya yang telah menjadi alat pengantar dalam kehidupan bermasyarakat. • Menurut Sapir, telah menjadi fakta bahawa kehidupan suatu masyarakat “didirikan” di atas tabiat-tabiat dan sifat-sifat bahasa itu. • Oleh itu, tidak ada dua bahasa yang sama sehingga dapat dianggap mewakili satu masyarakat yang sama. • Setiap bahasa dari satu masyarakat telah “mendirikan” satu dunia tersendiri untuk penutur bahasa itu. • Jadi, berapa banyak masyarakat manusia di dunia ini adalah sama banyaknya dengan jumlah bahasa yang ada di dunia ini. • Dengan tegas Sapir juga menyatakan apa yang kita lihat, kita dengar, kita alami, dan kita lakukan sekarang ini adalah kerana sifat-sifat (tabiat-tabiat) bahasa kita telah menggariskannya terlebih dahulu.
  4. • Whorf menolak pandangan klasik mengenai hubungan bahasa dan fikiran

    yang mengatakan bahawa bahasa dan fikiran merupakan dua perkara yang tidak sama. • Pandangan tersebut juga mengatakan meskipun setiap bahasa mempunyai bunyi-bunyi yang berbeza, tetapi semuanya menyatakan rumusan yang sama yang didasarkan pada pemikiran dan pengamatan yang sama. • Oleh itu, semua bahasa merupakan cara-cara pernyataan fikiran yang sejajar dan dapat diterjemahkan antara satu sama lain. • Menurut Whorf, sistem tatabahasa suatu bahasa bukan hanya alat untuk mengungkapkan idea-idea, tetapi juga merupakan pembentuk idea-idea itu, program kegiatan mental seseorang dan penentu struktur mental seseorang. • Dengan kata lain, tatabahasa menentukan jalan fikiran seseorang, bukan kata-kata. BENJAMIN LEE WHORF (1897-1941)
  5. • Setelah meneliti bahasa Hopi (salah satu bahasa India di

    California Amerika Syarikat) dengan mendalam, Whorf mengajukan satu teori yang lazim disebut teori Whorf (atau juga teori Sapir- Whorf) mengenai relativiti bahasa. • Menurut teori tersebut, bahasa-bahasa yang berbeza “membedah” alam ini dengan cara yang berbeza, sehingga terciptalah satu relativiti sistem-sistem konsep yang tergantung pada bahasa- bahasa beragam yang digunakan oleh berbagai kelompok masyarakat. • Teori relativiti linguistik beranggapan bahawa bahasa hanya refleksi dari fikiran yang menghadirkan makna. • Bahasa mempengaruhi fikiran, sehingga muncul ungkapan bahawa bahasa mempengaruhi cara berpikir penuturnya. • Pengaruh bahasa terhadap fikiran dapat terjadi melalui makna dan melalui aspek formal bahasa, misalnya tatabahasa dan leksikon. • Whorf mengatakan “grammatical and lexical resources of individual languages heavily constrain the conceptual representations available to their speakers” (Grammar dan leksikon dalam sebuah bahasa menjadi penentu representasi konseptual yang ada dalam pengguna bahasa tersebut). • Selain makna dan aspek formal bahasa, salah satu aspek yang dominan dalam konsep Sapir dan Whorf adalah masalah bahasa yang mempengaruhi persepsi manusia semasa berfikir.
  6. • Untuk memperkuat teorinya, Sapir dan Whorf memaparkan beberapa contoh.

    Salah satu contoh yang diambil adalah perkataan ‘salju’. • Whorf mengatakan bahawa sebahagian besar manusia memiliki kata yang sama untuk menggambarkan salju. Salju yang baru sahaja turun dari langit, salju yang sudah mengeras atau salju yang meleleh, semua objek salju tersebut tetap dinamakan salju. Berbeza dengan kebanyakan masyarakat, orang Eskimo memberi label yang berbeza pada objek salju tersebut. • Banyak lagi contoh yang lain, misalnya orang Hanunoo di Filipina memiliki kira-kira 92 nama untuk berbagai jenis rice (padi). Orang Arab memiliki beberapa nama untuk camels (unta). • Whorf merasakan bahawa terminologi atau istilah yang sangat beragam ini menyebabkan penutur bahasa tersebut mempersepsi dunia secara berbeza-beza dari seorang yang hanya memiliki satu kata untuk satu kategori tertentu. • Sapir menolak pandangan yang menyatakan bahawa fikiran dan bahasa merupakan dua entiti berbeza atau berdiri sendiri. Sapir dan Whorf sepakat bahawa bahasa menentukan fikiran seseorang. Jalan fikiran seseorang juga ditentukan oleh bahasanya.
  7. • Berdasarkan teori Sapir-Whorf itu dapatlah dikatakan bahawa hidup dan

    pandangan hidup bangsa-bangsa di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Filipina, dan lain-lain) adalah sama kerana bahasa-bahasa mereka mempunyai struktur yang sama. • Sedangkan hidup dan pandangan hidup bangsa-bangsa lain seperti Cina, Jepun, Amerika, Eropah, Afrika dan lain-lain adalah berlainan kerana struktur bahasa mereka berlainan. • Untuk menjelaskan hal ini, Whorf membandingkan kebudayaan Hopi dan kebudayaan Eropah. Kebudayaan Hopi dioraganisasi berdasarkan peristiwa-peristiwa (event), sedangkan kebudayaan Eropah diorganisasi berdasarkan ruang (space) dan waktu (time). • Menurut kebudayaan Hopi, jika satu bibit ditanam maka bibit itu akan tumbuh. Jarak waktu yang diperlukan antara masa menanam dan tumbuhnya bibit tidaklah penting. Yang penting adalah peristiwa menanam dan peristiwa tumbuhnya bibit itu. Sedangkan bagi kebudayaan Eropa jangka waktu itulah yang penting. • Menurut Whorf, inilah bukti bahawa bahasa mereka telah menggariskan realiti hidup dengan cara-cara yang berlainan.
  8. • Untuk menunjukkan bahawa bahasa menuntun jalan fikiran manusia, Whorf

    menunjukkan contoh lain. • Kalimat “see that wave” dalam bahasa Inggeris mempunyai pola yang sama dengan kalimat “see that house”. Dalam “see that house” , kita memang dapat melihat sebuah rumah, tetapi dalam kalimat “see that wave” menurut Whorf belum ada seorang pun yang melihat satu ombak. Oleh itu, kita seolah- olah melihat satu ombak kerana bahasa telah menggambarkan begitu kepada kita. • Bahasa bagi Whorf merupakan pemandu realiti sosial. Walaupun bahasa biasanya tidak diminati oleh ilmuan sosial, bahasa secara utuh menggambarkan fikiran individu tentang sebuah masalah dan proses sosial. • Individu tidak hidup dalam dunia objektif, tidak hanya dalam dunia kegiatan sosial seperti yang biasa difahaminya, tetapi ditentukan oleh bahasa tertentu yang menjadi medium pernyataan bagi masyarakatnya. • Tidak ada dua bahasa yang cukup sama untuk mewakili realiti yang sama. Dunia tempat tinggal berbagai masyarakat dinilai oleh Whorf sebagai dunia yang sama akan tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza. • Pendek kata, dapat disimpulkan bahwa pandangan manusia tentang dunia dibentuk oleh bahasa kerana bahasa adalah berbeza maka pandangan tentang dunia juga berbeza.
  9. RUMUSAN • Bahasa dan fikiran tidak dapat dipisahkan antara satu

    sama lain kerana yang menentukan jalan fikiran seseorang itu adalah tatabahasa bukan kata-kata. • Oleh itu , bahasa bukan sahaja berperanan sebagai suatu mekanisme untuk berlangsungnya komunikasi antara yang satu dengan yang lain tetapi juga sebagai pedoman ke arah kenyataan sosial. • Kenyataannya bahawa seseorang berbicara atau mengungkapkan pendapatnya dengan cara bahasa yang berbeza kerana mereka berfikir dengan cara yang berbeza.
  10. RUJUKAN • Arifuddin. (2010). Neorupsikolinguistik. Jakarta: Raha Grafindo Persada. •

    Chaer, Abdul. (2009). Psikolinguistik: Kajian Teoretik. Jakarta: Rineka Cipta. • Mahmudah. (2012). Psikolinguistik: Kajian Teoretik. Makassar: Fakultas Bahasa dan Sastra Universitas Negeri Makassar.