Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

Idea Sejarah dalam Novel Sandera Karya Arenawat...

Sponsored · Your Podcast. Everywhere. Effortlessly. Share. Educate. Inspire. Entertain. You do you. We'll handle the rest.
Avatar for Azizi Yazit Azizi Yazit
August 06, 2026
37

Idea Sejarah dalam Novel Sandera Karya Arenawati: Analisis Berdasarkan Perspektif Sejarah Revisionis

Sebelum berkembangnya historiografi revisionis di Malaysia, penulisan sejarah nasional lazimnya didominasi oleh kerangka yang berorientasikan elit, dengan penekanan terhadap peranan golongan pemerintah serta tokoh-tokoh nasionalis kanan. Dalam kerangka ini, pelbagai peristiwa, tokoh, dan gagasan ditafsirkan dari perspektif rasmi, sehingga peranan agama sebagai pemangkin nasionalisme Melayu, sumbangan gabungan PUTERA–AMCJA melalui Perlembagaan Rakyat, tafsiran Darurat 1948 sebagai perang kolonial, serta peranan golongan bukan elit kurang diberikan perhatian. Dalam konteks ini, novel Sandera karya Arenawati memperlihatkan kecenderungan mentafsir sejarah nasional daripada sudut yang berbeza daripada naratif arus perdana. Melalui pembinaan peristiwa, watak dan konflik, Arenawati mengemukakan pemikiran sejarah yang mengangkat peranan agama dalam pembentukan kesedaran nasional, memberikan ruang kepada suara dan pengalaman kelompok bukan elit, serta mempersoalkan tafsiran kolonial terhadap perjuangan politik di Tanah Melayu. Kecenderungan tersebut memperlihatkan persamaan dengan beberapa gagasan yang kemudiannya berkembang dalam historiografi revisionis di Malaysia. Sehubungan itu, kertas kerja ini menggunakan perspektif sejarah revisionis sebagai kerangka analisis untuk meneliti pemikiran sejarah Arenawati dalam Sandera. Analisis tertumpu kepada cara Arenawati membina tafsiran alternatif terhadap sejarah melalui strategi naratif, penggunaan watak dan pengolahan peristiwa sejarah, di samping menilai sumbangan novel ini sebagai medium yang memperkayakan pemahaman tentang nasionalisme dan sejarah Malaysia daripada perspektif yang kurang diberikan perhatian dalam historiografi arus perdana.

Avatar for Azizi Yazit

Azizi Yazit

August 06, 2026

Transcript

  1. Sejarah Nasionalisme Melayu Sandera CO 537: 1978 Arenawati 1971 1920-1948

    1967 1983-2026 1979 1972 Malaya (Revisionis) Nasionalisme Melayu Roff A.J. Stockwell Memoir A.Boestamam
  2. Sejarah Nasionalisme Melayu Sandera CO 537: 1978 Arenawati 1971 1920-1948

    1967 1983-2026 1979 1972 Malaya (Revisionis) Nasionalisme Melayu Roff A.J. Stockwell Memoir A.Boestamam
  3. Sejarah Nasionalisme Melayu Ilmiah: Empirikal Sastera: Fiksyen Golongan agama Ibrahim

    & Sariyah (golongan agama) Menggalakkan rasa persaudaraan Islam Tanah Melayu & Indonesia Kaum-muda & Kaum Tua Islah & pembaharuan Busad Pendidikan Agama Sahabat Pena Inggeris KMS & Persatuan Negeri Melayu KMM Anjang PKI, Reg-10 Zahid KMM, KRIS, PKMM Bahar PETA, PUTRA Mahmud UMNO
  4. Sejarah Nasionalisme Melayu Historiografi Revisionisme Suara-suara nasionalis yang terpinggir Dekonstruksi

    CO Dekonstruksi FO PREM Dekonstruksi Rekonstruksi Sejarah Rasmi Sejarah Revisionis
  5. Sejarah Nasionalisme Melayu Fiksyen Historiografi Revisionisme Suara-suara nasionalis yang terpinggir

    Dekonstruksi Pengalaman peribadi Dekonstruksi Pergaulan dengan tokohtokoh Dokumendokumen awam Dekonstruksi Rekonstruksi Sejarah Rasmi Fiksyen Sejarah Revisionis
  6. Sejarah Nasionalisme Melayu Fiksyen Historiografi Revisionisme Pengalaman peribadi dan pergaulan

    dengan tokoh-tokoh A. Samad Ismail Kahin Surat khabar Dokumen rasmi
  7. Sejarah Nasionalisme Melayu Fiksyen Historiografi Revisionisme sebelum 1978 Suara-suara nasionalis

    yang terpinggir Fiksyen Historiografi Revisionis Busad Sejarah Rasmi CO FO PREM Perisikan Bahar Mahmud Zahid Orientalis Suratkhabar Laporan Rasmi Sapiah Andang Watak-watak fiksyen Memoir politik
  8. Sejarah Nasionalisme Melayu Watak-watak fiksyen Watak komposit (tokoh sebenar) Busad

    KH Mashoor Azahari + Tan Malaka Bahar Ibrahim Hj Yaakob + Dr Burhanuddin Mahmud Ishak Hj Muhammad + Dato' Onn Zahid Ahmad Boestamam + Mustapaha Hussein Sapiah Shamsiah Fakeh Andang Sutan Djenain
  9. Menilai Semua Peranan Golongan Agama dalam Membentuk Kesedaran Politik Ibrahim

    bukan sahaja membawa idea islah yang dipelajari daripada Syeikh Tahir Jalaluddin, malah turut memperjuangkan nasionalisme dan kesedaran politik. Hal ini disokong oleh kenyataan Busad yang menyifatkan ayahnya sebagai seorang ulama dan nasionalis (Sandera, 74). Semangat nasionalisme Ibrahim turut tergambar melalui ungkapannya, "Tanahair, tanahair ini terlalu banyak memerlukan daripada kita semua, dan aku rela mati kerana menyahutnya" (ibid., 75). Arenawati pula menunjukkan bahawa pertembungan antara golongan Islah dengan golongan konservatif dan raja-raja Melayu bukan berpunca daripada perbezaan fiqh, tetapi isu politik (ibid., 73). Ibrahim terus menggerakkan perjuangan dari Indonesia (SI, Muhammadiyyah & Masyumi), manakala Sariyah menyatakan bahawa beliau turut terlibat dalam gerakan kiri yang tidak bekerjasama dengan penjajah, sekali gus menunjukkan keterlibatan golongan agama dalam gerakan politik (ibid., 14; 186). Kesinambungan perjuangan ini diteruskan oleh Busad, yang mewakili generasi baharu golongan agama. Bersama Andang, beliau menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar ISTC sehingga mereka digelar sebagai "nasionalis dan sedikit-sedikit keagamaan" (ibid., 81). Perjuangan ini berterusan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Keseluruhannya, bukti-bukti ini menunjukkan bahawa golongan agama memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Melayu melalui penyebaran idea islah, pembinaan kesedaran politik dan perjuangan kemerdekaan. Dapatan ini sekali gus mencabar pandangan sarjana seperti Roff, R. Sutralingam dan Cheah Boon Kheng yang mengecilkan sumbangan golongan agama dalam sejarah nasionalisme Melayu.
  10. Peranan Golongan Agama dalam Membentuk Kesedaran Politik Ibrahim & Sariyah

    (SI, Muhammadiyyah & Masyumi) Busad (Nasionalis-agama) Andang & Sapiah (Nasionalis-komunis) Bahar & Zahid (Nasionalis-kiri) Mahmud (Nasionalis-kanan) Regimen-10 KMM, KRIS, Giyu-gun & PKMM KMM & UMNO
  11. Menilai Semula Peranan KMM, KRIS dan PETA dalam Perjuangan Kemerdekaan

    KMM (Busad dan Bahar) telah dihubungi oleh ejen-ejen Jepun kerana pendirian anti-kolonial yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut. Keadaan ini selari dengan hubungan Jepun dengan tokoh-tokoh nasionalis anti-kolonial di Indonesia seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Agus Salim, serta gerakan anti-kolonial yang dipimpin oleh Subhas Chandra Bose di India. Jepun menawarkan kerjasama yang dilihat berpotensi membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, dan KMM memilih untuk menyambut tawaran tersebut (Sandera, 85, 112, 141). Bagi sebahagian pemimpin Melayu pada ketika itu, khususnya mereka yang bekerjasama dengan Jepun, kerjasama tersebut dilihat sebagai peluang yang lebih realistik untuk mencapai kemerdekaan berbanding terus berada di bawah naungan British, seperti yang ditegaskan oleh Mahmud (ibid., 73). Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan golongan nasionalis kiri, malah turut mendapat penyertaan pemimpin daripada pelbagai aliran politik, termasuk aliran kanan, agama dan institusi kesultanan Melayu (Sandera, hlm. 141). Dalam konteks KRIS, golongan ini turut dirujuk sebagai "pimpinan tua" (Sandera, hlm. 120). Dalam ruang politik yang wujud sepanjang pendudukan Jepun, pemimpin-pemimpin Melayu berjaya menubuhkan dua organisasi penting yang bergerak ke arah matlamat kemerdekaan melalui pendekatan yang berbeza, iaitu KRIS yang mengangkat gagasan Melayu Raya dan PETA sebagai rancangan alternatif sekiranya usaha melalui KRIS tidak berjaya. Menurut Sandera (hlm. 118–121), strategi ini dirancang secara sistematik oleh Busad, Bahar dan Zahid. Justeru, naratif arus perdana yang sering menafikan sumbangan KMM melalui KRIS dan PETA wajar dinilai semula.
  12. Peranan KMM, KRIS dan PETA dalam Perjuangan Kemerdekaan Plan A

    KMM Plan B API IBHY, Dr Burhanuddin, Dato Onn & Raja-raja Melayu KRIS + Indonesia PKMM Giyu-gun (PETA) + Sukarno, Hatta & M. Yamim Askar Melayu (136) MPAJA Melayu Raya VS
  13. Menilai Semula Peranan PKMM dan PUTERA–AMCJA dalam Politik Tanah Melayu

    Arenawati menggambarkan bahawa Parti Melayu Merdeka (PKMM), telah bekerjasama dengan pelbagai persatuan Melayu dalam gabungan yang kemudiannya membentuk UMNO bagi menentang pelaksanaan Malayan Union (ibid.,166). Gambaran ini membuka ruang untuk menilai semula naratif arus perdana yang sering menggambarkan seolah-olah golongan kiri dan agama, khususnya PKMM, pada awalnya menerima Malayan Union dan hanya kemudiannya menentang atas pertimbangan politik bagi menarik sokongan orang Melayu. Sebaliknya, menurut gambaran Arenawati, PKMM turut terlibat dalam gerakan penentangan terhadap Malayan Union sejak peringkat awal. Dalam Sandera, Bahar digambarkan secara sinis mentertawakan sikap Mahmud yang lebih cenderung mengekalkan status quo ketika gelombang tuntutan kemerdekaan semakin memuncak (ibid.,180). Gambaran ini menunjukkan bahawa perbezaan antara PKMM dan UMNO bukan sekadar soal kemerdekaan, tetapi turut melibatkan perbezaan pendekatan, kadar perubahan politik dan hala tuju perjuangan. Arenawati juga menonjolkan bahawa gerakan nasionalis anti-kolonial mendahului wacana politik UMNO melalui gagasan Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh PUTERA–AMCJA. Gagasan tersebut cuba menangani realiti masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan mengemukakan satu konsep kewarganegaraan yang berasaskan identiti kebangsaan Melayu, dan diperjuangkan secara bersungguhsungguh oleh gabungan tersebut (ibid., 172–173). Dari sudut ini, Sandera mencabar naratif arus perdana yang sering mengecilkan pengaruh PUTERA– AMCJA dalam perkembangan politik Tanah Melayu. Sebaliknya, Arenawati menggambarkan bahawa beberapa idea yang diketengahkan melalui Perlembagaan Rakyat kemudiannya mempunyai persamaan dengan pendekatan yang dibangunkan melalui Communities Liaison Committee (CLC) dan seterusnya Perikatan (UMNO–MCA–MIC) (ibid., hlm. 186).
  14. Peranan PKMM dan PUTERA–AMCJA dalam Politik Tanah Melayu PUTERA-AMCJA Perlembagaan

    Rakyat 1947 Communities Liaison Committee (CLC) Persekutuan Tanah Melayu 1957 PERIKATAN UMNO - MCA - MIC
  15. Menilai Semula Naratif Darurat 1948 Darurat Jun 1948 lazimnya dinaratifkan

    sebagai tindak balas British terhadap pemberontakan Parti Komunis Malaya (Ramlah Adam, Ahmat Adam dan Cheah Boon Kheng). Walau bagaimanapun, Sandera karya Arenawati menawarkan tafsiran yang berbeza. Melalui watak-wataknya, Arenawati menggambarkan Darurat bukan semata-mata sebagai perang menentang komunisme, tetapi sebagai perang kolonial yang bertujuan mematahkan gerakan nasionalis anti-kolonial. Tafsiran ini dikaitkan dengan kemunculan Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh PUTERA–AMCJA, iaitu satu gagasan politik yang mengusulkan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa beridentitikan Melayu, dengan penekanan terhadap kemajuan masyarakat peribumi dan keadilan sejarah kepada mereka. Dalam Sandera, Bahar memberitahu Zahid bahawa Perlembagaan Rakyat merupakan sesuatu yang menakutkan British (Sandera, 174). Atas sebab itu, Bahar mengingatkan Zahid supaya bersedia menyertai UMNO, sebuah parti yang menurutnya mendapat restu British (ibid., 176). Pada masa yang sama, Bahar berpendapat bahawa gerakan anti-kolonial perlu dipatahkan bagi memberi ruang kepada kemunculan gerakan politik yang lebih sederhana dan lebih mudah diterima oleh British, sekali gus membolehkan kesinambungan pengaruh kolonial dalam bentuk baharu (ibid., 171). Satu lagi aspek yang menarik ialah gambaran Arenawati terhadap hubungan British dengan MPAJA. Dalam beberapa petikan, melalui dialog Bahar, MPAJA digambarkan sebagai sekutu rapat British semasa perang, malah menerima pelbagai kemudahan selepas perang (ibid., 177). Sebaliknya, apabila menyentuh operasi keselamatan menjelang dan semasa Darurat, Arenawati lebih banyak menggambarkan penangkapan yang dilakukan terhadap tokoh-tokoh nasionalis anti-kolonial (ibid.,184–185, 213), berbanding memberikan tumpuan kepada PKM atau MPAJA. Penekanan ini boleh ditafsirkan sebagai strategi naratif untuk mengemukakan Darurat sebagai suatu usaha kolonial bagi mengekang gerakan nasionalis anti-kolonial, dan bukannya semata-mata perang menentang komunisme.
  16. Darurat Jun 1948 PKMM Diharamkan Jun 48 PMS PMJ PKMM

    ….40 Pertubuhan Keluar Hizbul Muslimim AWAS GERAM PUTERA AMCJA PKM Diharamkan Julai 48 API Diharamkan Julai 47 UMNO Jawatankuasa Kerja BATAS masuk dalam UMNO “Hidup Melayu!” kepada “Merdeka!” PMK
  17. Kesimpulan “Kita akan lihat sampai di mana kau sanggup membuktikan

    ini, Albion. Kau keluar sebagai pemenang perang, tapi kau luka parah. Belanja perangmu kau kemis dari Uncle Sam. Rakyat terjajah akan bangkit merdeka. Masa itu kau kehilangan gigi!” (Arenawati, 1978)