bagi memudahkan pembelajaran sebutan yang betul. Pengumpulan data dibuat berdasarkan pemerhatian , hasil interaksi berhadapan atau melalui media sosial dan buku-buku. Turut diingatkan juga bahawa mungkin terdapat ralat atau kesilapan dari segi makna atau cara sebutan perkataan yang sedikit berbeza, walaupun mungkin disandarkan atas faktor kelainan pertuturan mengikut daerah atau kawasan yang berbeza. Dalam perkamusan ini, majoriti daripada perkataan yang disenaraikan termasuklah perkataan unik dan klasik yang mungkin kebanyakannya sudah tidak lagi diketahui atau digunakan oleh penuturnya kini. Pengumpulan perkataan ini tidak terlalu berfokuskan kepada kosakata yang lebih bersifat fonologi seperti marah-maroh, ular-ulo, makan-makang, terus-teruh/ruh, berat-berak, bantal-bata, panda/anda-pandai, tahun-tàong, gi-pergi, ayam-ayang, cangkulcakò, pintu-pitu, bas-bah, ayah-ayoh, dan berbagai lagi contoh fonologi yang boleh ditukar daripada bahasa melayu standard berdasarkan prinsip atau peraturan yang telah ditonjolkan dalam topik-topik sebelum ini. Glosari ini turut memasukkan kosakata yang mungkin ada dalam melayu standard namun dengan penggunaan dalam konteks yang sedikit berbeza. Tambahan lagi, glosari ini juga turut kurang mengambil kira perbezaan fonologi dialek hulu dalam mengkategorikan sebagai sebahagian daripada daftar bilangan kosakata dalam kajian ini. Sebagai contoh, Nebeng- nebaing,jebeng-jebaing,ogehugaih, gorek-gureik, gohek-guhek, gonyoh,ronyoh- ganyoh, gelekek-gelikik, gi kuane-gi kuani, gandeng- gandaing,dokrok-dokruk, Katok-katauk, Kelih-kelaih , kekeng-kikaing, Rebih-rebaih, rohok-rehok, rebeh-ribaih, rok-rauk, khusi/kkusikkusik, kopey-kupey, koho-kuhu, kona leper-kuna lipi, kongo-kungo, kosek-kusaik, lesek-lisik, lonjong-lunjoung, maknga-moknga, pendek ketok-pindek kitouk, dan bermacam-macam lagi contoh yang boleh disenaraikan. 148