Mana- Mane 2. Huruf R disebut seperti "GH” dan huruf H selalunya boleh disebut secara tebal seperti huruf ( )ح: o Rasa - Rase o Rahang - rahang 3. AR ke O: o Besar - Beso 4. AL menjadi A: o Bantal - bata. 5. Akhiran UL & UR menjadi Ò: o Ketul - ketò o Luntur - lutò -sangat terhad perkataan yang tidak mengikut aturan ini seperti perkataan jemur - jemo. 6. Akhiran IL & IR menjadi É : o Katil - katé o Langsir - Lasé 7. Huruf-huruf tersebut pada awalan dan pertengahan perkataan, boleh berubah kepada bunyi huruf tertentu, iaitu F menjadi P, V menjadi B, Z menjadi J, Q menjadi K, dan SH/SY menjadi S: o Faham – pahang, van - Bèng, Zaman - Jamang, Qanun - Kanun, Syarat - Sarak etc. 8. Akhiran M, N, NG & sesetengah Akhiran Vokal Jadi NG: o Bini – Bining, makan - makang 9. Akhiran P, T, B, D, G, K, dan Q menjadi K: o Gelap - Gelak 10. Akhiran F, S, J, H, KH, V, Z, C dan SH/SY menjadi H: o Atas - Atah 11. Akhiran Diftong AI, AU, OI dan seangkatan dengannya, maka huruf akhiran pada diftong tersebut akan digugurkan : o Senarai - senara